ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻠﻴﻜﻢ
Lama sungguh tak Update blog! Kemalasan sering menghasut diriku. Well dihari yang indah ni iqa nak kongsi sedikit fakta tentang “musuh”. Tipulah kalau orang tu mengatakan bahawa dirinya langsung tidak mempunyai musuh di muka bumi yang luas ni. Tapi korang tahu tak yang musuh ni bukan sangat member MANFAAT pada diri kita?
Yes! , betul lah musuh nih memang tak baik dan boleh membahayakan diri kita, tapi disamping tu musuh juga sangat berfaedah kepada kita . Kita takkan tahu kelemahan kita kalau orang lain tak cakap, right? So bagi iqa musuh ni tak lah teruk sangat, tapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk menjauhinya jangan dicari pula oke!
Kebaikan Musuh :
Selalu memperlihatkan kesalahan kita sehingga kita dapat memperbaikinya.
Memberitahu keburukan dan kekurangan kita sehingga kita dapat menjauhinya.
Menunjukkan kelemahan yang kita ada sehingga kita dapat menguatkannya.
Menyedarkan kekaguman pada diri kita dan penipuan terhadap pujian dari rakan-rakan (jika kita terlalu seronok dengan pujian palsu orang yang menyintai kita dan sanjungan rakan-rakan, tentu kita akan sombong dan angkuh).
Musuh juga memberi persaingan pada diri kita hingga kita teransang agar bersaing untuk mencapai kejayaan sekaligus menndorong kita untuk sentiasa bersaing.
Musuh juga berupaya membersihkan debu-debu kemalasan yang ada pada diri kita sehingga kita bebas dari belenggu kelemahan sendiri.
Musuh juga mampu menguatkan diri kita sehingga kita selalu berhati-hati dalam pengucapan yang dituturkan.
Sometimes, musuh ni lagi bermanfaat daripada sahabat. Pujian sahabat dapat memperdayakan, sanjungan kawan pula dapat menenggelamkan. Kekaguman dari orang-orang yang mencintai kita mampu membuatkan kita mabuk, sedangkan kritikan dan rasa ketidakpuasan dari musuh umpama aliran air di dalam tubuh yang membersihkan benih-benih kelemahan pada diri sendiri. Kesimpulannya, why not? We say Thanks! To our enemy? Sebab dorang ni lah teman sejati.
p/s : kesalahan dalam pertuturan amat dikesali, jika ada cacat celanya harap dimaafkan. Just ENJOY! . k. (: -Biskuatmyra